Sunday, January 27, 2008

Mari mencuba..hehehe tak rugi pon!

Hari ini (jumaat) dah start masuk dapar balik memandangkan bajet dah tercekik..menu ari ini ikan sambal goreng, sayur kobis masak lemak dan kerang rebus..nak cerita kat sini pasal kerang jer..

Aku tak suka makan kerang sebenarnya..kind of allergic la..tapi satu hari aku teringin sangat makan kerang,so beli lah yang mentah..beli kat pasar malam rugi..beli yang mentah rebus sendiri..lagi puas ati..kerang rebus ni sedap makan dengan asam kicap..nak buat asam kicap ni simple jer..

Bahan-bahan:

Bawang besar (suku pun cukup)

Limau nipis

Cili padi

Kicap manis (kalau suka masin terpulang)

Cara membuat:

Hiris bawang dan cili padi. Masukkan dalam bekas. Masukkan kicap. Lastly perah air limau nipis. Senang kan? Rasanya,marvelloos!!mmg sedap sgt!masam campur pedas campur manis..pE enjoy it! And so do i..

Try tau then fetch la comment..=)

1 comment:

Esteban Granero said...

aku suka cicah sos. lagi syiok!