Monday, January 21, 2008

Bawak sendiri la!!

Seperti yang sedia maklum,banyak kemudahan yang ada kat kampus UMT nan permai ini percuma..dan disebabkanitu ada setengah2 manusia yangtak berotak lupa diri!!

Kes pertama:

jam 3.30 aku pegi surau..tunggu air menitik di lab membuatkan aku tak sedar waktu zohor dah nak habis...tergesa2 aku ke surau..nampak sandle Etah..dalam hati,Etah pun lambat jgk (Etah pun buat analisis di makmal bawah)..cepat2 pergi amik wuduk nak solat..masuk je surau..sakit hati..(astaghfirullah)..

nak tau aper aku nampak?segelintir pelajar2 universiti yang aku tak tau macam maner depa boleh masuk universiti menggunakan telekung2 wakaf dibuat alas tidur dan selimut!!nak jer aku sound tapi aku sedar diri yang aku ni bukan student fst!tapi agak2 la wei,orang lain guna telekung tu nak buat solat!ader plak yang tengah sembang+gosip pakai telekung wakaf!nak bersembang ke gosip ker duk luar la..tak paham betul!!seminit kemudian aku sedar ramai yang nak masuk solat..semua mencari2 telekung..ye la waktu zohor dah nak abes..semua orang nak cepat solat..nasib aku baik sebab sejurus lepas aku amik wuduk, Etah pun selesai solat..yang tambah menyakitkan mata,telekung2 yang dibuat alas tidur adalah telekung2 yang bersih dan baru..irritating!!

Kes kedua:

Makmal Samudera 2..kalu budak final year projek tahu lah aper kegunaan makmal nie..ramai yang nak menggunakan kemudahan untuk menyiapkan analisis dan seterusnya menulis hasil analisis dalam bentuk thesis sebagai syarat bergraduat..tapi,ada setengah2 manusia yang pentingkan diri sendiri dengan menyimpan/menyorokkan peralatan atau bahan untuk analisis mereka tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain!!

contoh:
about a month ago,aku datang lab ni denagn semangat yang berkobar2 untuk menyiapkan analisis yang sepatutnye ake siapkan sebulan sebelum tu..datang ke lab, aku cari pembantu sains..ada..lega..mintak izin gunakan lab dan menggunakan radas2 dan bahan2 kimia yang
perl
u..diizinkan..aku keluarkan sample..mulakan trasure hunt mencari bahan dan radas yang diperlukan..aku dah list kan..cuma cari jer..hampir sejam..sumer bahan telah disediakan..tinggal satu jer lagi..bahan N la senang aku panggil..

tanya pembantu lab..dier kata ader..dier pun cari sama..aku pun cari jugak..turun tangga..naik tangga..buka pintu stor..tutup pintu stor...setiap label dibaca..tapi tak jumpa..telefon pembantu lab yang incharge bahagian chemical..dier cakap patutnyer bahan N tu ade..dia dah semak sebelum ambik cuti..kemudian baru dapat tahu ader student yang amik dan simpan untuk diri sendiri!!alasan,dier nak guna!!

ko ingat ko sorang jer ke nak guna!!?orang lain tak guna ker?nak jer kau hamburkan ayat ni kat muka dier!!inipun selepas dua minggu aku treasure hunt bahan N nie!!aku pegi lab dua minggu dengan sia2!!kalau tak analisis aku dah siap!hampeh!

lagi satu yang alat radas kaca tu aku tgk dalam laci tiap2 orang penuh..mcm beli sendiri la pulak..aku tak paham manusia2 begini..alat radas tak cukup boleh mintak tapi jgnla bolot untuk diri sendiri..yang teranaiya bukan orang lain..rakan-rakan sendiri jugak..renungkanlah..




1 comment:

Esteban Granero said...

isu sorok alat ni la yang aku ungkit masa present progress masa tu. aku tak tuduh sape2, tapi ade sesetengah pihak yang melenting. aku pun tak tau kenapa. kalau diorang tak buat salah tak payah la takut kan?

tensen giler sebab sieve memanjang je hilang. semua jadi selfish.ingat alat2 tu mak bapak diorang ke yang punya.