Thursday, February 14, 2008

rumput dan orang yang disayangi..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum
itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.

No comments: