Henti segera tuding jari
Orang ramai saran pemimpin Umno tumpu perhatian tugas tadbir kerajaan
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak semalam sependapat bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, yang sebahagian besarnya anggota kerajaan, berhenti menuding jari atas prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu supaya mereka boleh menumpukan perhatian kepada tugas mentadbir negara.
Mereka juga mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang dan waktu secukupnya untuk mengukuhkan semula parti sebelum melaksanakan proses peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, mereka juga berpendapat, adalah tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab kepada Abdullah seorang atas kegagalan BN mencatat kemenangan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri pada 8 Mac lalu.
"Sepatutnya banyak pihak yang perlu memikul tanggungjawab terbabit termasuk NGO pada peringkat akar umbi. Kita berpendapat apapun kuasa yang ada pada Perdana Menteri dan agensinya tidak dapat mengubah nilai hidup dan sikap masyarakat yang perlu diperbetulkan, selagi ia tidak mendapat kerjasama segenap pihak," katanya.
Semalam, Berita Harian dalam Minda Pengarang yang disiarkan di muka hadapan, menegaskan selepas lima minggu pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari.
ni sebahagian lah..nak baca penuh google sendiri..bila di fikir-fikir dan di baca-baca betul jugak kan..why dont UMNO just move on tadbir negara..?yang dah lepas-lepaslah..they still on the top..just have to improve..realize or not..nama Dato' Seri Anwar Ibrahim memang banyak disebut dalam dunia politik sekarang nie..memang dia beraura yang kuat..isu Black 14 lah..macam-macam lah..isu-isu semasa nie kena amik tau...tambah-tambah dah nak grad ni..haih
6 comments:
ala...
ngan ak pun ko nak jeles..
ak reti bt sume bnd alah nie pun sbb ko gak y ajor..
hahah
klao bkn sbb ko..
haram ak xreti pa pe..
hehehe..
yang menyuruh rakyat menuding jari kpd pemimpin umno ialah dalangnya anuar ibrahim. dia saje je busuk hati nak tengok pemimpin umno bergaduh sesama sendiri. itu agenda jahat dia.
mmg tidak dinafikan dia byk mempengaruhi politik negara sekarang. tp bagi aku, aku tak sanggup anggap dia ni pemimpin aku. malah aku anggap dia ni pengkianat bangsa. selain menjatuhkan maruah malaysia, berbagai lg benda tak baik dia buat. tahu2 sendiri la. nahuzubillah. mintak jauh.
tp pemimpin umno sendiri pun kadang2 xdpt difahami gak. contoh tun mahathir..udah2 la mengeruhkan keadaan. zaman tun dah lepas. kami rakyat berterima kasih kepad tun sbb membangunkan negara ini.
apa2 pun aku harap keadaan ni dapat stabil semula dan kita rakyat dapat hidup aman, damai dan harmoni..Insyaallah. :p
alo..dorang tengah terkejut lagi kot..lama2 ok lah tu.. :)
hmm..sob, aku memang mengharapkan ko mengomen..hehehe ntah lah..aku tak pandai politik2 nie..komen skit2 jer..
she-tu lah kan..tak pernah2 jadi tb2 jadi cengini ler..
lalalalalala...---->aku da komen...
terima kasih hycheal..hehehe
Post a Comment