Tuesday, April 29, 2008

10% lagi..

story later...
cuma nak tanya..
"apa perbezaan speed dengan velocity?"

AKU GOOGLE NANTI..

***********************************************

Terima kasih Pak Cik Luar Otak atas komen dan ingatan anda..aku hampir terlupa..=p

anyway..aku dah google..banyak definition nie..aku amik yang senang nak paham jer lah..

SPEED
Speed is a measurement of how fast an object is moving. Fast-moving objects can cover large distances in a small amount of time.

VELOCITY
Velocity is both the speed and the direction that a body is moving.


Faham tak kawan-kawan?

"Speed" kalau ikut kamus dwibahasa oxford ni, maksudnya kepantasan,kelajuan

"Velocity" merujuk pada kamus yang sama sebab kat rumah ni ada satu kamus sahaja bermaksud kelajuan,kecepatan.

hampir sama kan?
tapi, "speed" hanya merujuk kepada kepantasan sahaja tetapi tidak menunjukkan arah.
"velocity" adalah kedua-dua kepantasan dan arah pergerakan.

Soalan ni ditanya oleh Dr. Razak masa aku present Final Year Project tadi. Sadisnya, aku tak dapat jawab. Beliau suruh aku cari perbezaannya di rumah. Aku dah cari. Aku yakin dengan jawapan yang aku taip di atas.

Persoalan: patutkah aku email padanya aku dah tau apa perbezaan "speed" dan "velocity"?

Pesanan: sekiranya anda tidak puas hati, sila google sendiri..terima kasih.



Changing the template again..

Already bored with the old blogger skin..so..change back to the simple one..ada jugak explore blogger skin yang lain..tapi macam susah jer nak tukar..takut widgets hilang balik macam hari tu..bukan senang nak edit balik..tapi tak tau naper gambar tak leh upload..and the same time YM pun tak boleh masuk..seems like the broadband or my laptop yang bengong..Ceh!

TAK SABAR TUNGGU ESOK!!!

Monday, April 28, 2008

Kelkatu!!

Ok..sekarang mungkin musim kelkatu mengawan membiak atau keluar dari tempat persembunyian or whatever! sangat banyak ok! semalam masa study last paper for the last exam for the last sem ever,memang banyak kat kampus..tapi hari ini kelakatu tu dah sampai umah aku!!

tak tau macam maner tapi yang pasti tak bagi salam..sekarang ni kelkatu nie menceroboh tubuh badan aku ngan ain!geli ok! rasa macam halusinasi pun ada bila ditepis-tepis tapi tak ada!!DAMN!!
sarung bantal terkena muka pun ingat kelkatu!

bergelap jer umah aku nie..sedang aku menaip entri nie, badan sentiasa di goyang-goyang untuk elak kelkatu nie naik kat badan dan masuk di tempat-tempat yang tak sepatutnya!!hish..macam maner nak tidur malam nie?sok present plak..takut jugak kelkatu nie masuk telinga ke idung ker..adoi!!

Mengapa kita dilarang meniup makanan

Seringkali kita melihat, seorang Ibu ketika menyuapi anaknya makanan yang masih panas, dia meniup makanannya lalu disuapkan ke anaknya. Bukan cuma itu, bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas, sering kita lihat, dia meniup minuman panas itu lalu meminumnya. Benarkan cara demikian?

Cara demikian tidaklah dibenarkan dalam Islam, kita dilarang meniup makanan atau minuman.

Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan "Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Awalnya saya tidak mengetahui hikmahnya, bagi saya pribadi, ketika datang hadits pada saya mengenai suatu hal, maka semampunya coba saya lakukan, walaupun saya belum tahu hikmahnya, dan sebenarnya memang tidak harus tahu.

Begitu juga ketika saya pertama kali mendengar hadits ini, saya hanya berusaha mengamalkan saja, bahwa kita dilarang meniup makanan atau minuman,itu juga yang saya lakukan kepada anak saya.

Dan alhamdulillah ketika tadi coba browse ke internet, ternyata dari salah satu milis kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa: apabila kita hembus napas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 yaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, yaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. dan saya ingat juga bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan langsung satu gelas sambil bernapas di dalam gelas, hal ini juga dilarang, ternyata saya baru tahu sekarang hikmahnya, bahwa ketika kita minum langsung banyak, maka ada kemungkinan kita akan bernafas di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Ulasan yang saya sampaikan, mungkin bukan hikmah keseluruhan, kerana Ilmu Allah tentu lebih luas dari ilmu manusia, bisa jadi itu adalah salah satu hikmah dari puluhan hikmah lainnya yang belum terungkap oleh manusia.

Kewajiban kita hanyalah mendengar dan menta'atiNya Perkara hikmah apa yang ada dalam larangan itu, urusan belakangan. Yang penting kita sudah mencuba mentaatiNya...

Copy from forward email..

Sunday, April 27, 2008

hide your feeling..

have u ever felt that u r hiding ur feeling?hide the feeling that u r really hurt by someone or friends or family or stranger or anybody that u can think rite now that hurt u before?? I do..so many times but the payback is, they never do the same as I do..Frustrating..

i try my best to hide my feeling from them..all the negative feeling that i felt towards them..not by being silently but acting like nothing happened..hypocrite?? yes i am..if that the exact word that u can describe myself..becoz thats the only way that im not hurting anyone around me..

Is it so hard to say that u r hurt by he/she?

Must you keep silently that u r hurting by me?

Are you are so "valuable" so that I am the one who should ask u what I am done wrong and then begging for your forgiveness?

Why can u just explained that i am hurting u?

Is it so hard to make two way communication so that we can communicate well in the future?

Must you spread the rumors among others that I am hurting u?Why you dont tell me directly?

After here all that rumors, what did u expected i will do? being so terhegeh-hegeh seek for you and explain everything?


HELL NO!!!

I am not going to that AGAIN!! yes again..i done this once..and i feel so sorry for myself..granted?yes i am..i am not going to ask for your forgiveness..

hey, what do you think of yourself?? so good? so perfect? You are not an angel dude..

Friends that know me well, know what im gonna do..pretending!!
that way, i am hurting you back..silently..

OR

I am the one who is being so sensitive?

Saturday, April 26, 2008

kisah pak imam dengan 3 budak lepak

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala... " dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassyat eden sembahyang. He heee... "
Pak Imam pon terkedu dan terpana...haha

p/s: kepada rakan-rakan lelaki ku..anda juga beginikah??kalau macam nie jangan fikir la nak bela anak dara orang..=p


Conteng-conteng

Conteng-conteng hari nie..
tak ada topik yang menarik untuk di blog kan..hanya mencatatdetik-detik terakhir bergelar pelajar tahun akhir..

hari ni baru abes the most killing paper..marine polisi..memang tak ingat apa-apa pas tgk kertas soklan tu..men jwb dan hentam ikut kreativiti sendiri..target B jer lah..huhuhu tapi as always, memang keluar awal tak tau dah nak buat apa...dan seperti biasa juga, ada jugak rakan-rakan seangkatan..hahaha peda, nat..u r the best!!dila..maner ko??=p

hari nie jugak ramai kawan-kawan yang dah merdeka..mostly boys i think..gurls still ada one more paper kan?kultur ikan..aku plak perikanan rekreasi..hadoi..

then amik gmbr ramai-ramai..kenangan..sbb ni jer lah paper wajib tahun nie..nak letak dalam cd for dinner..duit dinner tak byr lagi..pastu data peribadi pon tak bagi lagi kat hamie...someone,pls remider me erk??

enough craping for now..one more paper to go..then presentation..im correcting my thesis now..macam dikejar oleh masa sentiasa..adoi!!

Thursday, April 24, 2008

LEWAT!

Hari ini,24 april..paper BM..alhamdullillah..keluar solan past year..cuma diubah sedikit kedudukan soalan dan jawapan..but all the past year questions are still there..start at 9 am..about 9.45 am..about 5 student dah kuar..di luar dewan..

stranger student: encik, boleh lah encik bagi saya masuk..

encik 1: saya tak pasti lah awak boleh masuk..awak dah lambat sangat nie..

stranger student: tolonglah cik..saya terbangun lambat..(slip periksa ada di tangan..sebagai bukti agaknya)..

encik 2: kenapa nie?

encik 1:ni, dia datang lambat..macam maner nie?

encik 3: ye, apa masalah?

stranger student: saya nak masuk jawab periksa..saya terbangun lambat..

encik 3: (senyum)..macam maner awak boleh bangu lambat? kalau saya bagi masuk pon sempat ker awak nak jawab..saya rasa sukar nak bagi awak masa lebih..

stranger student: tak per..tak per..saya nak masuk jawab jer..

3 encik berunding..

encik 4: boleh tak bagi student saya masuk?

encik 3: ha..bolehlah..

stanger student teros masuk..

aiyak..macam maner leh bangun lambat?

Bunyi Hujan..

Akhirnya..hujan turun..
lebih dua minggu berpanas..kering..hangat..dahaga..
bila hujan dah turun..
baru sedar rintik-rintik hujan itu bagai irama yang mendodoi..
sekarang..sejuk..berselimut aje..
tak dahaga..tapi perut asyik berbunyi minta di isi..
mood nak tido asyik high jer..hish..

oh ya..lusa killer paper..need to study..

apa-apa pun..aku bersyukur hujan turun..=)

Tuesday, April 22, 2008

YAHOO!tak yahoo sangat lately..haihs!!

I think most of people in the world using YAHOO! as what we called search engine (correct me if i am wrong)..but i prefer google ok as my search engine..wanna know y??

Lately YAHOO! is very very slow!!nak apper homepage pon sgt lambat..too many pic and graphic maybe..or my laptop yg lembap..but my fren from other country also complaining the same!!nak buka email pon mau dua jam..and while im writing this post..tetiba YM plak tersign out secara sendirinya..hantukah??!!tension tol..nak cek email memang tak dapat..frust tol!!Dah try more than 10 times in 20 minutes!!

Bak kata naza, nak upgrade ker, maintanenve ker..hantarlah notice dulu..haihs..macam hotlink ker hantar sms bagitau perkhidmatan ada problem (sometimes lah kan). . =(

macam nak buka akaun mail lain pon ada..should I??

Bowling time!!

Yesterday, finally kuar g main bowling kat Terengganu nie..thanks to Along,K.Nini and Abg Emy for inviting us..we have a lot of fun jln2 and mkn..=D


Nie lah muka-muka pemain boling yang berjaya..

At first, we planned to play at Astaka..tapi full..budak SUKMA pon dah booking 4 lanes..bincang punya bincang punya bincang, we decided to go to TER. and sangat berharap tak ada orang or at least one lane is free untuk kitorang main..and YES!!kosong..i think about 2 lanes yang ada orang pakai..the rest kosong!!so..bersemangtlah semua nak menunjukkan ketereran masing-masing..hehe aku dah lama sangat tak main boling nie..first time main bolin g when i was at form 3..main kat langkawi..only satu balingan..coz masa tu kaki terseliuh..haih..

back to the story..kitorang main 2 set game..mula-mula kan..semua cari rentak..warming up..however, Abg.Emy and pE was lead at first..and after balingan yang ke berapa ntah..im leading ok..hahaha and istill leading until the last..heheh first game nie jugak kira rekod terbaik lah..masuk longkang sekali jer..tu pon balingan terakhir..my score was 124 only..ok lah kan after dah tinggal lama sgt bowling nih..=p

second game..agak sengit dengan Abg Emy..hehe..kitorang saling kejar-mengejar mata..pE was left behind..hehehe tp this second game abg emy win with 133 score..akunyer 120 jer..pE 116..hehehe the conclusion..aku dalam top 2 lah semalam..happy..happy..pE ni kalu kat Mines dier terer lah..asyik strike jer!!=p

next destination..
kat masjid terapung..g solat asar and waiting for maghrib sekali..solat jemaah..=) ni lah kan peluang yang ada nak solat berjemaah alang-alang dah ada kat masjid..terasa kerdil jer..T_T
tapi sempat lagi posing and all of us act like kitorang nie pelancong dari luar Terengganu..lucky, plat keta along C..hahahah tak nampak sangat lah..

After solat kitorang g jln-jalan kat TER balik..ada karnival..but tak best pon..watch some stuff and heading to MCD..nyum2..

kat MCD...Along menjadi mangsa dipaksa makan oleh 4 orang kawan2 yang menyayangi dier ni..chewahh..ayat..and she did!!No need to ask the reason..just suruh dia makan..hehe and sangat terkejut bila tengok abg emy amik sosdengan sangat banyaknyer..pE gelak jer..suka yer syg gelakkan orang??hehehe tp fries masin..k.nini sakit perut suddenly lepas minum air gas..but still mengunyah sehingga fries yang terakhir..and sakit perut dier teros ilang..hahahah macam-macam..

apa-apa pun..sangat seronok..rasanya lagi seronok kalu kuar rami2 lagi..so,saper nak jadi urusetia pertandingn boling..bagi nama kat Along..heheheh

Monday, April 21, 2008

Masak and makan lagi..haih..=p

again entry about cooking and eating..hehehe
maybe i start to enjoy cooking..still waiting for ikan sumbat.. =p

yesterday WE cooked..pE cooked for lunch..because he always woke up early than me..haha i cooked for dinner (thought Along join us)..the menu is base on CHICKEN..

last two nite he told me yang dia nak masak ayam masak merah and tomato..teros imagine my mum pny masak merah cos she used to letak the tomato also..but then, it only turn to ayam masak tomato..how come syg??heheheh but still..DELICIOUS!!!he is born to cook i think..=p here is the ayam masak tomato..again..gambar tak cantik..=(


ayam masak tomato-pE

petang tu, i went to Hock Kee Seng with Along..find some ingredients to cook this recipe called Kung Pao Chicken..i took this recipe from my senior blog..it is very easy..campak-campak jer semua..hahaha bahan-bahan pon simple jer..but ada alter skit lah..takkan nak tiru resepi bulat-bulat..i added some potatoes and cili padi mengikut selera perut melayu ku..in my senior blog, bahan-bahan tu dipotong besar-besar, but Along already potong comel-comel..easy nak makan..nyum..nyum..
and hasilnya idak mengecewakan..memang sedap!!!

kung pao chicken-me!!

Today, again..i will cook for dinner..chicken lagi..berjimat di hujung-hujung sem..any suggestion?? i expect for new recipe..kena explore blog to blog..haih..paper lagi 3 ari..still have a lot of time..=)



Sunday, April 20, 2008

My sis blog..check it out..

two days ago..i was chatting with my sis..k.uda..she excited to inform me that she already create a blog!!so that, i asked for the adress..tapi dier tak bg..she said she is not done writing yet..haaaa?? ok..

so, yesterday..we chatted again..this time i am the one who is really excited asking for her blog address..hehehe coz she said that she writing about our family..then, i keep thinking..is she really understand what is the blog mean??becoz she seems like to write a story then, done!!heheheh
again..she asked me to be patient..same reason..blog tak siap lagi..haaa again!!!

last nite, i asked her again for her address blog..and i hate being waiting and waiting again before i can read her blog..i want to know what is she write about me..hahahah she still tak bagi!!!alasan tak siap lagi and i start to merajuk..=p

then, dia pujuk..she said she is writing now..jus give her another minutes..so i did by appearing offline to her..(merajuk)..after half and hour..she buzz me asked if im still online..she just give her address..aku dah memang tak sabar then terus google her address..and............

NOTHING POST!!!so that, i asked her..why dont she publish what she write??i want to read..then she asking me,
'ngah,macam maner nak post??'..there..i knew it..hahahaha
and then she gave me another address blog..she said that this is her blog too..
i asked again.." da, how come ko ada 2 blog??"..
she answered,"tu lah yang k.uda tak paham, kenapa k.uda ada 2 blog??nak delete salah satu boleh tak??"..argh..i start to tension ok..haih..

actually, she accidentally registered 2 blog under her name..haha
my sis still baru in this blog world..so that, i cannot blame or angry or have another negative feeling that can make her disappointed about create a blog..so, i gave her free lecture on basic how to write a blog and then PUBLISH!!heheheh but i used all the garang2 words lah..haih..

its not easy u know to teach my sis through ym..but, finally..she success to publish a post yg tak berapa siap..hahahha honestly here, I AM PROUD OF HER..she has a willing to explore something new even though dier tak paham sangat what is blogging..heheheh

after she told me that she already publish her very first post..teros nak pegi baca..and then..again..hahahaha im not condemning ap yang dia tulis but the way she present it..hahaha yer lah..dia baru..so..ikut suka..but then, she asked for my help to edit something in her blog..
NOT EDIT WHAT SHE ALREADY WRITE, ONLY EDIT THE WAY SHE PRESENT HER WRITING..heheheh and tolong delete blog die yang satu lagi..=p

ok..if nak tau more about my family..just go the link ADIKKU..kat tepi tu..Farah is the first reader for my sis blog..nak tau apa dia ckp..tulisan budak-budak..yup, she is farah..memang budak-budak..hahaha and farah, thanks also for reminding me to support and let my sister writing in her very own style..betul jugak, ni sebagai latihan untuk dier untuk terus menulis..improving everything..u can see all the typing error here and there (aku pon sama jer)..kalo rajin, tinggalkan komen..hahaha

start from today onwards, i will force her to post something for her blog everyday..
leh lah die explore apa2 yang ptt..hehehe baca..jangan tak baca..=)

p/s:dia dah ada 2 post..semalam dah paksa dia tulis lagi satu post..hehehe praktis nak tgk dia tau ker tak nak publish post..dia dah pandai..hehehe

Friday, April 18, 2008

Broadband!!

Hari ni broadband macam siput naik kerusi (theory of me,2008)..and tak naik2 lagi sampai sekarang..puas aku try..nak kata tak bayar bil..bil pon tak samapi lagi..akhirnya..aku kembali ke tempat yang dahulu..yang biasa aku lepak untuk online..

KAMPUS..nasib ada wireless free..haih

Cooking mood again!!

sepatutunya entri nie di publish semalam..tapi kerana internet problem..phm2 sendiri..

ok..arini aku rajin nak masak..so..menu for lunch today, ikan bakar, air asam and sayur pucuk paku.. yang sayur yang aku amik resepinya dari blog lain lagi dua tu my mum punya resepi..hehe

ni hasilnyer..

nie ikan bakar..

resepi nie sangat simple..sbb tak suka sangat makan ikan bakar yang ada sambal tu..

bahan-bahan:

ikan kembung(kalu ikan lain terpulang) -ikut suka baper ekor
daun kunyit dan daun pisang -cukup untuk balut ikan-ikan kembung tu

Siang and basuh ikan betul2..balut dengan daun kunyit before balut dengan daun pisang..pastu bakar lah..simple kan =)


nie air asam..


air asam ni ada banyak jenis..tapi aku prefer this air asam..sebab bila makan air asam nie jer aku makan tomato..hehehehe

bahan-bahan:

cili padi,cili hijau,cili merah - tumbuk atau blend (kuantiti ikut suka)
tomato dan bawang besar - dihiris (agak-agaklah baper biji tapi tomato kena lebih)
belacan skit - tumbuk dengan cili-cili tu pon boleh
air asam jawa - kena bancuh pekat

Gaulkan cili-cili yang ditimbuk bersama belacan ke dalam bekas yang dah letak hirisan bawang dan tomato. kemudian tuang air asam tu..tuang sikit-sikit..then gaul PAKAI TANGAN..disini lah rahsia kesedapanyer..kalu pakai sudu tak sedap..rasa dia tak mix..masa gaul tu ramas kan tomato tu supaya rasa masam tu bercampur..kalau perlu letak garam dan gula skit..=)


pE makan cenggini

dan jugak cenggini..berpiknik kat tepi far lay..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..waaaaaallah!!

Air pulak..air laici yang terdapat di kedai-kedai berhampiran..satu kotak besar RM1.90 =)

Gambar-gambar adalah tidak bermutu kerana aku bukan fotographer..tapi akan cuba diperbaiki pada masa akan datang..=)


itu anon kembali..khas buatmu..

Ya..itu anon hanjing kembali (meludah langit,2008)..aku bosan..masih ada manusia seperti ini tak reti bahasa..

haikel..pinjam ayat dari blog ko untuk pesanan penaja..

Penerbitan blog ini bukan untuk menjaga hati kamu...tapi meluahkan apa yang terbuku...Jadi Pemilik Blog tidak bertanggungjawab kepada sesiapa yang terasa atau pun tidak. Risiko mendapat penyakit jantung atau hati adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Jika Ada yang tersinggung, cukup setakat di dalam blog ini sahaja. Jangan jadikan anonymous sebagai medium melepaskan geram dan batu api. Ada berani? tampil dengan gaya tersendiri. bukak blog sendiri..tulis sendiri..BODOH!!

Naza..pinjam ayat ko jugak..

hadirmu tidak diundang. ragu-ragu? segeralah berambus.


oh yer..pasal past year paper online..yer,aku tau nak akses??kenapa?nak aku ajar..nampak sgt kamu tak tahu..kesian..

pasal orang sebelah..tak kena leh ar cakap weh!!!

sekian..

Berita hari ini..

Aku makan kat kedai makan tengahari tadi..aku nampak paper..aku baca..paling menarik minat aku ialah..

Henti segera tuding jari


Orang ramai saran pemimpin Umno tumpu perhatian tugas tadbir kerajaan

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak semalam sependapat bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, yang sebahagian besarnya anggota kerajaan, berhenti menuding jari atas prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu supaya mereka boleh menumpukan perhatian kepada tugas mentadbir negara.

Mereka juga mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang dan waktu secukupnya untuk mengukuhkan semula parti sebelum melaksanakan proses peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa sama, mereka juga berpendapat, adalah tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab kepada Abdullah seorang atas kegagalan BN mencatat kemenangan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri pada 8 Mac lalu.


Timbalan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, dalam suratnya kepada Berita Harian, berkata Perdana Menteri tidak sepatutnya dipersalahkan atas prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lalu.


"Sepatutnya banyak pihak yang perlu memikul tanggungjawab terbabit termasuk NGO pada peringkat akar umbi. Kita berpendapat apapun kuasa yang ada pada Perdana Menteri dan agensinya tidak dapat mengubah nilai hidup dan sikap masyarakat yang perlu diperbetulkan, selagi ia tidak mendapat kerjasama segenap pihak," katanya.

Semalam, Berita Harian dalam Minda Pengarang yang disiarkan di muka hadapan, menegaskan selepas lima minggu pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari.


ni sebahagian lah..nak baca penuh google sendiri..bila di fikir-fikir dan di baca-baca betul jugak kan..why dont UMNO just move on tadbir negara..?yang dah lepas-lepaslah..they still on the top..just have to improve..realize or not..nama Dato' Seri Anwar Ibrahim memang banyak disebut dalam dunia politik sekarang nie..memang dia beraura yang kuat..isu Black 14 lah..macam-macam lah..isu-isu semasa nie kena amik tau...tambah-tambah dah nak grad ni..haih

Thursday, April 17, 2008

Game orang perempuan..=p

Hari ni dah abes paper yang kedua..aku ngan Ain..bosan..so, kitorang kembali ke aktiviti harian dulu-dulu..MAIN GAME!!

kitorang nie suka sangat download game online..macam-macam game yang dah main..tapi the most addicted is hidden object..hehehe berpinar-pinar mata cari barang-barang tu..tapi puas hati bila dapat settel kan semua misteri..game orang pompuan..tapi banyak nya game yang kitorg main trial jer..so last for 60 minutes jer..memng tak puas mainlah..tapi kalau nak lama main, download kat metacafe..main sampai bosan..baru kuar..kiranya leh main lebih dari sejam lah..ni antara game yang kitorang addicted sangat main dulu..

  1. mystery case file- ada beberapa 3 ke 4 version ntah dah abes main
  2. hidden expidition titanic
  3. the lost thomb
  4. banyak lagi sampai aku tak ingat
tu baru cerita apsal hidden object..lagi satu yang best main ialah time management punya game..tapi tak semua orang suka and manage nak main benda nie..kena pandai bajet and perlukan skill2 tertentu..yang kitorang suka main..

  1. diner dash-nie pun dah baper version dah
  2. wedding dash-adik beradik diner dash
  3. jojo fashion show
  4. cake mania..
  5. banyak lah lagi sampai aku tak ingat
yang laki aku tau suka main taktikal ngan perang-perang kan?macam counter strike..tapi kan,abg aku pun addicted main mystery case file..baguslah..tambah vocab..

Nak tau macam maner game tu..google lah sendiri..

past year paper online..

tahu kah anda bahawa library UMT menyediakan perkhidmatan mengakses past year paper online untuk certain kursus..kalu tak tau meh nak habaq..skang ni, past year paper untuk sesetengah subjek leh akses online..masuk dari ilmusea.umt..naper aku cakap macam nie??sebab..

rakan 1: soklan nie soklan bocorlah..ada kat internet..laman web UMT..

aku : ha??yer ker..

rakan 1: aah..tapi soalan no 8 ngn no bape ntah tak ada..

aku : ha..kalu macam tu bukan soklan bocorlah sebab tak sama..

rakan 1: aah..tapi banyak yang sama..

aku : tu past year question lah..memang leh akses online..website library..

rakan 2: yer ker??aku tak tau pon

Sila-sila lah ke library..musim peksa..

Wednesday, April 16, 2008

Tak tau nak letak apa..

just go to this link....aku rasa ni yang adik aku message semalam..
i thought it was a movie tapi actually reality

a woman yang kena bunuh oleh ramai lelaki..

orang sebelah yang @$%^&*

aku tak tau apa masalahnya orang sebelah nie..kalau dia celik IT aku harap sangat dia baca benda ni...antara masalah-masalah dia dan seterusnya jadi masalah aku ngan ain ialah:

  1. aku ngn ain senyum kat dia, tapi tak pernah senyum balik..menyombong tol..sekali senyum tak balas, consider..orang tua..maybe rabun..kali kedua senyum tak balas..ok lagi..kali ketiga..mintak maap nak senyum lagi..
  2. selalu tengok kitorang kalau2 nak ngorat laki dia..hello..kitaorang tak teringin laki makcik!! like wife, husband pon sama..menyombong..even ari tu ada kematian kat sebelah ni, dia tak pergi jenguk..apakah masalah dia??
  3. ada cucu ker cicit ker aku tak tau..tapi yang pasti budak-budak tu sangat irritating!! menjerit ngan menangis tiap2 pagi almost an hour!!makcik, kami nie student..selalu tidoq lambat..bila pagi-pagi kul 7 cucu makcik dah terpekik terlolong, macam maner kami nak tdoq??bukan takat pagi ker, everytime kitorang nak rest ada jer budak-budak tu menjerit-jerit..tak pandai jaga cucu kah makcik??jerit kejap leh lah terima..ni sampai sejam..apa kes???
  4. makcik tolong lah jangan ingat laki,anak,menantu,sedara mara makcik jer yang ada keta kat muka bumi nie..tak payah muka bumi, dalam taman nie jer cukup lah..perlu ke nak hon-hon pagi-pagi buat depan umah??bukan setakat pagi, malam pon sama..bukan setakat malam, tengah malam pun ada!!!setakat kereta buatan Malaysia yang dah kuar baper puluh tahun yang dah konon-konon di modified enjinnyer, perlu ker nak press press minyak DEPAN UMAH KITORANG??bunyi enjin dah lah tak sedap dan menyakitkan telinga!!lagi satu..naper nak kena parking keta makcik yang buruk tu depan umah kitorang??naper tak parking depan umah makcik?Asbestos tol!!!
  5. perlukah makcik mengintai kami di luar apabila kami pulang lewat malam dengan buah hati masing2?adakah makcik ingat kami tak bermoral nak bawak masuk jantan dan ciomolot depan rumah??ternyata makcik sungguh KOLOT...kami ni tahu lagi tau batas-batas pergaulan!!
  6. untuk pengetahuan makcik, hujan yang membasahkan lantai depan umah makcik tu, tapi kenapa kami yang disalahkan??logik kah?atau makcik ni tak tau air hujan tu adalah air dan pastinya akan membasahkan apa2 yang ditimpanya??mungkin makcik tak belajar meteorologi..kesian..siap tepon tuan umah lagi repot yer makcik??
sekian..saya mintak maaf atas segala silap dan salah..yang memang segalanya berpunca dari makcik..

Tuesday, April 15, 2008

Kebab tak ada sayur!!

Aku suka makan kebab..tapi aku tak suka mkn sayur..kebab kan selalu ada sayur..timun-timun tu..tomato tu..memang tak suka lah..pE plak suka mkn sayur..semua dier makan..ulam-ulam semua makan..tapii..tang kebab dia tak suka sayur!!

It start with aku suka makan kebab lah..tapi tak suka makan sayur..so bila pergi pasar malam time tingin nak makan kebab..tengok orang tu tengah masak daging sahaja..terus datang idea nak mintak kebab tak ada sayur..pastu makan sekali...SEDAP!!!!pE tengok mcm sedap jer dier cakap..pastu dier kata nak skit..bagi lah..lepas tu sampai sekarang dia suka makan kebab tak ada sayur..heheheh

pernah ari tu sekali nak cepat punya pasal amik jer kebab ada sayur..then dier mesej..


"kebab ada sayur tak sedap!!"

cubalah..=)

I miss the hectic time!!!

Bencinyer time skang nie..super duper damn boring!!!
Dunno what to do until the nex paper..(17 nie)..nak study of coz mls..haih
tiba2 rasa rindu plak with all the never ending assigment yg dah ending..(sumer dah submit)
i miss a lot have to be corrected thesis yang terus menyepi..tak dak khabar berita..i miss to wake up early in the morning and go to class..(selalu jugak ponteng)..i miss to spend all day along walking around campus..i miss to stay in lab for the whole day doing the boring nutrients analysis..ouh..i start to miss everything..haih one thing for sure..i miss to be busy again..and sayang..i always miss u even though u r rite in front my eyes..haih..


VIRUS SUNGGUH!!!

Monday, April 14, 2008

Benarkah..lelaki juga terluka???

Ada beberapa lama dahulu, aku berhubung dengan dua orang sahabat yang lama sudah tidak mendengar khabar berita..sahabat pertama, aku tegur di mesej pesanan ringkas (SMS)..sahabat kedua aku tegur di YM..persamaan dua orang sahabat ini ialah mereka terluka, atau seakan-akan terluka atau berpura-pura terluka..aku tak pasti..yer lah..aku tak nampak apa yang terjadi..sekadar mendengar cerita tanpa bukti-bukti dan sumber-sumber lain yang boleh dipercayai..


Cerita sahabat pertama

aku kenal mamat ni beberapa tahun dahulu..di mana dan bagaimana tak payah lah diceritakan..al kisahnya bermula apabila dia bermain cinta dengan kawan aku..dia ni type of guy yang susah nak jatuh cinta dan tak percayakan pompuan..once fall in luv, biasalah..adengan-adengan air mata ni dah biasa sangat dah..dia ni sayang sangat kat kawan aku tu..he chase her almost two years!!!tapi yang si perempuan ini jual mahal..and then..he left the gurl..yerlah, dah jual mahal sangat sampai tak mampu nak beli..then, gurl tu balik chase die!!tp, dier tak terima..kat sini aku nak tanya..ego kah dier atau terluka??or karma maybe..aku tanya dia..dia cakap serik..until now, dier masih fobia dengan perempuan..tp cerita lain yang aku dengar dier ada girlfren baru..apakah?

Cerita sahabat kedua

aku memang tak pernah contact pun dia..teringat nak contact pon tak pernah..aku YM dengan sorang kawan aku, then dier anta ym id kawan-kawan yang lain termasuk lah mamat ni..at first, dia yang tegur aku kat ym dulu..dah tegur, open story lah..tiba2 dier tanya ada tak member-member solo nak bagi kat dia?????aku pon..haaaaa??setahu aku dier dah ada girlfren..girlfren dier lawa..aku pernah tgk gmbr dier ngn awek dier kat frenster..lovey dovey jer..pastu dier gtau aku awek dier dah tunang ngan orang lain!!!!memng terkejut aku..akut gk kt frenster mmg dah tak dak lah gmbr sumer..laki ni bawak diri kerja kat DUBAI nun..memang frust dier cakap..dier dah single 5 months, and nak cari girl baru..mula-mula mcm hurt giler tp dah ready nak cari yang baru within 5 months??terluka kah dia atau saja tak nak bosan nak ada awek??


aku tak condemn dua-dua sahabat di atas..dari satu segi..aku rasa maybe diorang terluka..laki pon ada perasaan kan..diorang pun manusia..bukan anak patung..tapi dari segi yang lain aku pon tak paham sangat..bercampur aduk karakter dalam diri insan yang bernama lelaki ni..but guys, for both of u, aku doakan korang akan jumpa perempuan yang lebih baik dan lebih menghargai korang..=)

Sunday, April 13, 2008

Kuning kah anda???

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,
kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya
seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan
tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan
ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di
darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua
dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian
yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu
pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,
"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",
Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".
Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A",
ianya berbulu,berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis
keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan,
siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri,
wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya,okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya.
Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit
saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan.
Bila awak hembuskan saya,akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam.
Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris,okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot
of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some
men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to
his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles,
lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke
Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Saturday, April 12, 2008

Spaghetti nite!!!

Mlm ni ada wat mkn2 lagi..sajer..at first nak wat berempat jer..then invite She ngn Haikel..pastu invite lagi Ain Amore ngn Temah..memang best n sangat mengenyangkan..kuah spaghetti, pE yg buat..sebab aku nak buat dier tak bagi..tak percaya..takut tak jadi..hahahha tp yg pE wat memang
marvelous!!


orang-orang yang masak, makan, dan basuh pinggan



the foods!!ada wedges, oranges, honey dew..the main menu..SPAGHETTI..
dessert pn ada..hiasan desert tak nampak lah..=p

Friday, April 11, 2008

The curse of the 1st paper!!!

Each sem, 1st paper final mesti not well prepared!! benci tol..this sem PGN 4501..hadoilah...sangat sibuk dan tiba2 exam..tak sempat nak study betoi2..(even tak minat tp nak score lah)..tapi Alhamdullah..apa yang aku baca kuaq..yg tak baca pon kuaq gak..hahahaha
dulu kalau first paper mesti baru pas raya lah..dah nak raya of coz lah tak study kan..pastu first paper mesti subjek yg tak berapa nak pandai..memang curse tol lah!!!

ha..nie nk story nie..kejap awal..kejap lambat..supposed PGN 4501 ni 12hb..tp diawalkan jadi 11 hb..then ptt kul 2.30 ptg start..tp tup2 3.30 plak..dah lah x diinform..yg diinform plak tak menyebarkan informasi kepada rkn2 yg lain..so, rmi jugaklah yang dah tercegat kat tempat peksa kul 2.15 ptg..kalau wat esok kan senang..bnyk skit masa nk study..tp dah lepas ni lega lah sgt..T_T

kalau exam sok...terpaksalah......






AKU PUASA BLOG DAN INTERNET LAGI SATU HARI....haih..!!!!!

Wednesday, April 9, 2008

WE ARE ENJOYING THE MOMENT!!!

us with DR.AIEN

US!!!!



Last nite is the last class for English for Occupational Purposes (EOP)...and the moment was very enjoyable!!! We have a singing presentation..=)

My group choose to sing the song entitled "stand By me"..if I am not mistaken the original singer is Ben E. King.. it was incredible!!! pitching off..sumbang sumer ader..tapi sangatlah seronok...!!!!! macam nak nyanyi lagi...=D

There are 6 members in my group..

Melissa
She's got band 6 for her MUETT
Love to laugh louder..last nite kena sound ngn Dr.Aien..you ni..hahaha
Very2 messy girl..hahahaha
When Dr.Aien want to interview her for the oral presentation the first question is:
'r u ok girl?"..hahaha how messy she is..she also very friendly and very talkative..=)

Kinky
She is shy..but once she talk, she talked a lot..non stop!!hahahaha
yesterday presentation..she is the vocalist ..sangat sedap suara dier!!!tak caya semua org!!
she is very funny also..=D

Farah
always late to attend our meeting..hahaha
I know Farah since the first year..my room is opposite to hers..also together in wall climbing..she is the bilayer..very strong u know!!! my pair assignment, i do it with Farah..Farah also very the kelam kabut...hahaha =)

Ain Kassim
My roomet for 3 years..very pendiam sometimes =p..again, sekali cakap non stop..her voice is very nyaring!!!hehehehe one thing for sure..she love to laugh..heehehehe when she laugh, i also want to laugh even though i dont know why she is laughing!!!hahahah she is very sweet when she laugh..=D

Topek
the one and only kumbang in this group.. every time presentation..he tried to make the class laugh!!!hahaha but last nite, when he sing, not only the class laugh..I also laugh sampai sakit2 perut..haih..cannot be backup singer lah..=p

but everything is over know..T_T
nanti jumpa time exam lah..yesterday kitorg have a first and last dinner together..forgot to take the pics..haih..i miss to do the group assignment together..to show how enjoy we are being in a group, sometimes we meet more than once a week!!!! mostly three times a week!!! i am pretty sure other group will not seeing and meeting each other as many as we did..=p

I LOVE YOU ALL!!!

=D

note: i just found another entry also about last nite from one of the class member..click here..=)

Monday, April 7, 2008

I hate TOMORROW!!!

Esok..hari Selasa..8 hb april..aku tak suka..kenapa?

12 pm- presentation MARINE POLISI
1 pm- presentation PERIKANAN REKREASI
3 pm- TEST AMALI perikanan rekreasi (tak study apa-apa lagi)
8 pm- presentation "Stand by Me"..submitting business proposal(tak siap lagi)

errmmmmmmmmmmmmm....

note: friends, aku tak dapat untuk NRIC tu..seronok and sedih jugak skit..seronok sebab tak lah
banyak kerje..leh balik cepat.. YEAY!!! sedih sebab tak dapat mewakili MARINE SAINS..=)

Sunday, April 6, 2008

Gurly weekend!!


last two nite, sHe was accompanying me at my house..trauma punya pasal..takut nak duk sorang T_T. Banyak jugak gurl activities yg kitorang wat. Rasa dah lama tak duk sama and sembang2.
Heart to heart...gossiping!!! make over...hehehe (sHe jadi mangsa)..surfing..dreaming..love story..watching movie..mcm2 lah..but the most precious moment is cooking!!!Finally..selamat dah IKAN MERAH ku..hehehehe jadi jugak sweet and sour kitorang setelah puas mereka2 resepi sendiri..=p we realy enjoying time together =)


p/s: sHe..offer nak masak kat umah aku open anytime eh...gurly stuff always work for girl...=)

Thursday, April 3, 2008

err..pakcik ker makcik??

last night..i was alone again..Ain balik Perak..ujian SPA..wish her all d best..=)

about 11.30 pm..sakit kepala yg amat..rasa macam nak pegi 7E..beli panadol..so, dengan kudrat yang Ada..kuaq lah..takut?memang takut..huhuhu kuar2 depan rumah..nampak a group of man kat depan umah makcik sebelah..very2 the gabra lah..yer lah..kuar mlm sorg2 tiba2 rmi plak laki kat luar..dah cuak..i was shaking..huuuuu then kuar jgk lah..dah tak tahan..sbb berani nampak ada yg pakai kopiah..and also, i saw PAKCIK sebelah rumah yg selalu tegur pagi2 before g klas pun ada kat tepi tembok umah dier...he just stare at me..LEGA..

suddenly...GEDEGANG!!! errr..my fault..and kereta waja org sebelah fault also..haih..dier parking sampai nak block pintu pgr..then..pgr dpan umah tercabut terlanggar...malu siot..huhuhuhu semua org pun tgk..cuba betulkan..gagal..pggl lah org ramai2 tu tolong...

"dik, orang sebelah meninggal tak tengok ker?".....the kopiah man said..

"ha???!!!betol ker?saper?"..aku tanya balik..

"MAKCIK sebelah.."orang kopiah tu jawab..thats what i heard!!

"owh..ok..saya g la pasni.."my heart said..ptt lah PAKCIK tgk jer tadi..

after betoikan pagar..teros p umah sebelah..sakit kepala pon ntah ke mana..bagi salam..then.................................




I saw MAKCIK WAS THERE!!! errrr..ok..i just try to stay calm..p salam MAKCIK..sembang2.. and i was shaking again..huhuhu

then i asked lah MAKCIK.."siapa yang meninggal?"..honestly tak dgr pon apa yang dier cakap..aku just angguk jer..tp hati ni memang curious sangat nak tau saper yang meninggal..yerla..kiter dah g tgk org meninggal..nak tau lah saper..

"nak tgk jenazah bleh?" aku tny MAKCIK..MAKCIK tgk aku pelik..macam tak bagi pon ada..pastu dier cakap..

"PAKCIK YANG MENINGGAL".....err.................................................
SIAPAKAH DI TEMBOK????!!!!




aku diam...duk 10 minit..aku mintak diri..nak tau naper aku tanya jenazah tu saper..??sbb PAKCIK agak gemuk and buncit..org tua..biasalah..and jenazah tu sgt kecil dan kurus..so that, i never expect PAKCIK yang meninggal sbb aku dah tgk PAKCIK kat tembok..



aku balik teros..tak jadi p 7E..and shaking..huhuhuhuhuuhu
and damn!!!ada plak kucing atas syiling yang scratching2!!!bila anda berseorangan...ada bunyi yang mencakar..apa yang anda bayangkan...??

whose can accompany me tonite???
i hate being alone at home at nite!!!


AIN..CEPAT BALIK!!!!

JUST SHOOT HIM DEAD!!!

Wednesday, April 2, 2008

Ikan oh ikan..hehehehe

hari nie saya kembali memasak..dah lama tak masak..selalu pE yang masak..honestly dier lagi pandai masak dari saya..dan dia rajin masak dari saya..tapi saya pun pandai masak jugak (hakikat yer)..=)

pE mengidam sup ikan hari ini..memandangkan rumah sewanya tiada peti ais, ikan yang dia tangkap kat Kohadang tu simpan dalam peti ais rumah sewa saya dan secara automatiknya saya yang akan masak ikan tu..(pE rules..huhuhuh)..ada dua ekor ikan..secara jujurnya (sekali lagi ) i thought those are kerapu only..and unlucky, they are not..=p

sepanjang hidup saya, ni lah first time saya masak sup ikan..my mum tak pernah ajar pon and saya pon tak pernah rasa nak mkn sup ikan..tp ari nie pE ngidam, so masaklah.. memandangkan dah lama tak masak, bahan2 asas pon dah abes..so, teman Ain makan and g beli brg skit..saya cari bunjut sup ikan seperti yg disarankan oleh pE..saya memang tak pernah masak sup ikan, sup ayam pernah lah..jadi, memang tak pandai and tak boleh byg pun mcm maner nak masak sup ni..tp, kat belakng bunjut tu ada resepi and cara masak..sy pon ikutlah..hahahah but not 100%..ikut cara wat sup ayam pon ada..=p

one thing made me confuse, kat bunjut tu tulis IKAN MERAH..tp yang saya dah siang and bersihkan IKAN KERAPU..as i mentioned earlier, i thought both are KERAPU..lagipon balut dalam surat khabar...so tak buka tgk lah..dah pelik dah..sup IKAN KERAPU ker?ok, tak pernah masak..so hentam sj lah..

kul 9..saya dah siap masak..g kat pE..amik dier..kitorang makan kat kampus..bil dier buka sup tu..dier buat muka pelik..dier tny...

pE: IKAN KERAPU ker ni?

me: aah..nape?

pE: laaaaaaaaaaa...kan suruh buat IKAN MERAH!!

me: wha???!! ada ker bgi IKAN MERAH??

hahahahaha..ok my fault..tak chek 2 2 ikan..and, pE masih kempunan..dia harapkan SUP IKAN MERAH..tapi saya dah termasak SUP IKAN KERAPU...dia ada gtau kat YM tapi saya tak baca..tp salah dia jugak sbb sy kol dia tak angkat sampai saya merajuk and masak ikut suka..heheheh

supposed:

IKAN KERAPU SWEET AND SOUR

SUP IKAN MERAH...

tp nmpknya kena terbalikkan resepi...

SORRY SAYANG..I'LL COOK BETTER NEXT TIME...

emmm..tp tadi sedapkan??siap tambah lagi...hehehehe
first try..leh dibanggakan...=)

Mari bermain air!!

Terengganu makin panas!!
sgt panas..lepas abes pilihanraya..isu MB dah selesai pon masih panas!!

HOT!!HOT!!HOT!!!
Rutin harian dah bertukar..kalau bab mandi..MESTI kena lebih 4 kali sehari!!!
tak tahan oooo..............

Tapi...



ni baru panas dunia...T_T

Tuesday, April 1, 2008

Aku ketawa..mari ketawa bersama..hahahah

Just read the new entry by Nat and Haikel...

Bacalah..anda akan ketawa..hahahahaha

Just click their name..=)